Friday, May 22, 2009

Hanya dia kekasihku


Hari ini aku dengar rintihanmu
Hari ini aku dengar tangisanmu
Hari ini aku dengar tawamu

Mungkin esok tiada lagi rintihanmu
Mungkin esok tiada lagi tangisanmu
Mungkin esok tiada lagi tawamu

Hati berdebar bilakah harinya
Hati berdebar bilakah masanya
Hati Berdebar bilakah waktu pertemuanya

Sekiranya kau pergi dulu
Sampaikan salamku
Sekiranya aku pergi dulu
Hulurkan salammu


Aku berpegang pada satu
Hanya dia yang satu
Aku berpegang pada satu
Hanya dia KEKASIHku..

Wednesday, May 20, 2009

Perjalanan Hidup










Perjalanan hidup umpama titian jalanan
Ada jalan yang bengkok dan jalan yang lurus
Pemilihan untuk dua persimpangan
Jalan mana yang hendak dituju...agar hidup lebih terurus

Permulaan perjalanan mesti ada tujuan
Mesti ada panduan
Mesti ada matlamat
Mesti ada bekalan





Dari mana tujuan
Dari mana panduan
Dari mana matlamat
Dari mana bekalan

Hidup berpandukan iman
Hidup dengan nasihat
Hidup dengan keimanan
Hidup dengan ilmu kehidupan



Tanpa akal mati
Tanpa hidup mati
Tanpa mati...tiada kehidupan lagi..



Beringat sebelum terlambat
Beringat sebelum tersesat
Beringat sebelum kegelapan
Beringat sebelum akhir kehidupan

Sedarilah wahai diri
Dunia semakin sempit
Dunia semakin menghimpit
Jalan perjalanan semakin terhimpit.....


Nukilan Rasa
Zuraini Zahari